Tutup buku lama, Buka buku baru

Hye, salam guyssss :)
Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang cemerlang dalam PMR. You all memang hebat . Keputusan PMR 2011 adalah yang terbaik sepanjang tempoh 4 tahun . Wow ! Kira hebatlah kan kepada kami-kami yang mengambil PMR pada tahun ni . haha Kepada yang gagal jangan berputus asa . Okay, kita teruskan kepada topik kita pada hari ni . cecece...

"Alahh skit je A aku, aku tak pandai macam kau"
"Ntah lah, aku dah give up lah bila tengok result PMR"
"Hmm..aku dah agak dah, aku takkan dapat 8A punya"

Korang pernah dengar dialog-dialog di atas ? Mesti pernah kan ? Biasanya , dialog-dialog sebegini dipertuturkan oleh mereka-mereka yang gagal atau tidak mendapat keputusan yang 'memuaskan' . Ohh come on , kawan-kawanku! 'Gagal sekali tidak semestinya gagal selama-lamanya' . Past is past. Kita tutup buku lama, buka buku baru . Masih ada lagi SPM yang menanti . Orang kata PMR tu tak penting. Hah, so buatlah yang terbaik dalam SPM yang akan datang . Gagal hari ini bukanlah bererti pengakhiran untuk mencapai kejayaan.


Orang yang mendapat kegagalan lebih selamat daripada orang yang mendapat kejayaan .Ini kerana orang yang gagal itu mudah bangkit dari kegagalan dan orang yang mendapat kejayaan itu akan jatuh pada bila-bila masa. Faham ??  Tak faham sudah, namamu Dollah -.- haha Cuba fahamkan :)



Sebagai konklusinya, jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Don't give up :)








7A 1B! Thanks to Allah :')

Tarik nafas dalam-dalam , lepas ............hahhhh!
Okay, salam guyssss :D Guess what ? hehe sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Alhamdulilah.. apa yang aku hajati dan apa yang aku doakan dimakbulkan juga oleh Allah . Rasa macam tak percaya je ! Whatt ? 7A ? . Walaupun bukanlah 8A tapi aku tetap bersyukur . Siapa sangka budak yang selalu dapat markah teruk dalam subjek Matematik boleh dapat A dalam PMR .Thanks to Allah :')

10.30~ Dapat panggilan dari sedara , Anna dan dia mendapat 6A 2B . hmm Dari nada suaranya pun aku dah tahu, dia memang tengah happy gila! Aku pulak yang berdebar-debar . Almaklumlah, memang tak boleh kalahkan dia dari sekolah rendah lagi  . Rasa rendah diri sangat sebab dia dapat 4A 1B masa UPSR, aku pulak 2A 3B je :( Down sangat masa tu . Okay, past is past . Aku dah mula dupdapdupdap ...

11.00~ Sampai sekolah, ramai orang dah balik. Aku tengok reaksi kawan-kawan aku satu persatu . Ada yang gembira, ada yang masam dan ada yang biasa-biasa sahaja . Haih aku pun dah start lah nervous nye. Keluar je dari kereta, aku cepat-cepat lari . Takut abang aku ikut masuk sekolah sekali -.- Sampai je depan cikgu  *aku tak ingat nama cikgu tu* aku terus tanya pasal kertas result . Sebelah aku pulak ada Shahirah Azizudin and yeahh dia dapat 7A1B . Congrats Shahirah ! Okay aku terus pandang muka cikgu tu dengan penuh pengharapan . 
Cikgu : Siapa nama awak ?
Aku : Farah Ilyani
Cikgu : Tahniah.. 7A1B . Lagi sikit je ni *sambil bagi kertas result *
Aku : Hahhh?? *Shahirah nye pulak dah peluk-peluk aku * 
Cikgu dah tersenyum-senyum .Pn Zurina pulak tak putus-putus ucapkan tahniah kat aku . Thanks teacher :) Aku kebingungan sebenterrrr .. Aku ke ni ? Kertas result aku ke ? Ya Allah, alhamdulilah 7A1B ! Dapat je result tu, aku TAK rasa macam nak menangis, menjerit, melalak or meraung . Just happy :) Alahh .. macam biasa je . Tak tahu kenapa dengan aku masa tu . Pendek kata biasa-biasa je . Tapi alhamdulilah :') Dah siap isi borang aliran apa yang aku nak, aku terus pusing belakang and aku nampak abang aku . Abang aku tanya dapat berapa ? Aku jawab 7A ! Dan dia pun jawab  "Wahh .. tahniah, taniah" sambil salam aku .






Math A, Sains A , BI pun A ? Eh ? Subjek yang paling aku benci dan yang paling aku lemah ni lah yang aku dapat A . Rasa macam nak sujud syukur pun ada waktu tu . haaa Dan yang B nye adalah.. taratataaa.. Kemahiran Hidup! Aku memang yakin yang aku akan dapat C , tapi alhamdulilah B juga akhirnya .Thanks to Allah :')



Dah dapat 7A tu, maka tercapai lah angan-angan aku nak masuk sekolah berasrama penuh . Hopefully, dapatlah Seri Puteri kat Cyberjaya . Kalau tak dapat pun, it's okay. Tawakal je lah sekolah mana yang aku akan dapat . Kalau boleh aku memang tak nak sekolah campur, sebab sudah biasa dengan sekolah perempuan. Almaklumlah, dah 3 tahun aku sekolah perempuan. After this, nak minta abah belikan handphone . hehew Selama membesar ni, langsung tak pernah merasa nak pegang handphone sendiri. Bukanlah sebab miskin or what , tapi mak memang tak bagi langsung aku beli handphone . Yelahh.. nanti asyik mesej dengn pakwe . Katanya lahh ... -.-

Bila abah pulang dari kerja, aku terus buat-buat tidur . haha Abah terus tanya pasal result PMR . Naahhh.. inilah yang aku nanti-nantikan . Senyuman abah :) . Nampak gigi rongak dia! hehew.."Tahniah kak, tahniah" sambil salam aku . Cuma aku masih belum dapat menikmati senyuman mak je lagi . hmm Oh mak.. kenapalah mesti ada kursus time-2 macam ni. haihh.. But, it's okay . Dalam hati , aku dapat rasakan yang mak memang tengah tersenyum . Dapat juga aku buat orang tua aku tersenyum . Thanks to Allah :')

Sekarang ini , aku boleh tersenyum dengan bangganya . Kepada mereka-mereka yang selalu memandang rendah tu , anda semua boleh membeliakkan biji mata anda . Sebenarnya, dari sekolah tadi sampailah sekarang, aku tak rasa apa-apa langsung . Entah lah . hmm ..Just nothing ! Mak, abah , kawan-kawan semua dah ucapkan tahniah . Thank you so much , guyssss. I love you :* Banyak lagi benda yang aku nak cerita ni , tapi otak aku blank . Rasa macam tak percaya je yang aku dapat 7A . cececece Thanks to Allah :')


Okayy guys, thanks for reading my blog aka diary :)