4TELUS



Satu,dua,tigaa . Okay, dah masuk tiga minggu kita bersekolah . Sekarang ni lapang sikit kepala otak . Yelah cuti seminggu . Tapi tak boleh lah nak lepak and goyang kaki je, mesti ada benda bermanfaat yang harus dibuat . ecece .So far, semua okay . Aku dapat kelas PURE SAINS . Tak ada Akaun dan Literiture. Alhamdulilah.. takdelah beban sangat . Sebenarnya aku tak minat sains langsung . Sikit pun tak . Kalaulah ada pure sejarah, memang for sure-lah aku akan pilih pakej tu haha . Sebelum tu aku minta pendapat daripada abang and akak-2 yang lebih arif bab-bab aliran ni . Nak buat macam mana, dah diorang cakap aliran sains ni menjamin masa depan yang lebih cerah. So, nak tak nak amik je lah .

4 Telus nama diberi . Dari form1 sampai lah ke form3 ,Pintar je lah nama kelas aku . Sampai je form4, dapat nama Telus .Kawan-kawan sekelas semuanya sempoi...~ Bak kata AC Mizal lah.Tapi still tak dapat sesuaikan diri . Semuanya wajah-wajah baru . Agak terkedip-kedip jugalah first time masuk kelas tu. Nak tahu tak, haritu kamik-kamik semua main Ibu ayam dan musang masa PJ ! Gempakk! Aku awal-awal lagi dah tewas di medan pertempuran .Banyak sangat anak-anak ayamnya .haha

Oh yeahh, aku dapat kawan baru .Nama dia Lashini a/p taktahu .haha Tak ingat lah nama appa dia . Sorry Lashini . Budak ni memang banyak tanya . "Awak ada berapa adik-beradik? Awak tinggal dekat mana eh ?Bila awak nak pindah ke sbp tu ? Kenapa awak nak sangat masuk sbp? Awak kelas mana dulu?" Tapi, pertanyaan yang hari-hari aku dengar "Awak dah siap kerja sekolah ? Pinjam sekejap buku awak" haha LOL -.- Takpe Lashini, teruskan . Takdelah saya malu-malu nak duduk sebelah awak ;>

Tentang guru kelas pulak . Cik Nur Zinani .Hmm.. muka tegas . Cik Nur Zinani ni suka bagi orang suspen . Nampak je pelajar yang menguap time dia tengah mengajar dia akan tanya '"betul tak akak yang tengah menguap tu" Amik kauu! Tapi aku suka cara dia mengajar . Lagi-lagi time dia bagi nasihat.Memang menusuk ke kalbuku . Walaupun cara penyampaian nasihat dia agak tegas dan mengerunkan dan mengerikan dann ape lagi ??.. tapi ada maknanya :)


Dah masuk form4, semuanya baru , subjeknya pun semakin menambah . Add math memang susah . Pecah kepala otak jugalah . Practice makes perfect ! Buat banyak latihan insyaallah will be okay .Sejarah dah baru weyhh . Isi dia semakin menambah. Jenuh aku nak membacanya . Tamadun oh tamadun . Madana oh madain ! But don't worry, I still love you Sejarah :) Bio, Kimia, Fizik si tiga beradik Sains ni no komen -.- haa Kenapalah sains and math in english ? Aku lagi suka dwibahasa ekceliii. Ini lah namanya cabaran . Saya dah sedia, saya dah sedia :)

Legaaa ..

*saya*
Assalamualaikum, alhamdulilah . Ouhh sebelum tu, saya taktahu nak buat tajuk apa untuk coretan kali ni . So, legaaaa..Hari ini sesi pembelajaran kelas Bahasa Inggeris berjalan dengan lancar. Firstly, perkenalkan diri anda.



"Hye, everyone . My name is Farah Ilyani. I'm form 4 Telus. My ambition is I wanna be a teacher and I love Sejarah" cehh haha

Tapi kannnn.. sebenarnya aku nak cakap macam ni .....

"Hye, everyone. My name is Farah Ilyani . I'm from 4 Telus . My ambition is I wanna be a teacher . I love Sejarah BUT I'm not really good in English"   hahaha ayat ni lah yang saya nak cakap sebenarnya . Tapi gelabah punya hal aku pendekkan je perkenalannya. 

Alhamdulilah, so far okay  Teacher Virmala sangat lah berbudi-bahasa dan berpekerti mulia . Senyum-senyum kambing .Yelahh nak buang rasa gelabah kenalah control cool .Hari-hari jugaklah kena bawak Kamus . Setakat ni, Encik kamus jelah yang boleh menjadi penyelamat saya kat sekolah. Kalau kat rumah opcozz lah Google Translate . Esok satu jam 15 minit untuk kelas Bahasa Inggeris . Oh maii *sigh* Harap-harap, berjalan dengan lancar lah ye . NITE :)

Tahun Baru, Azam pun Baru

*aku guna saya*
Bye 2011, nice to know you.
ohh Hye 2012, nice to meet you and please be nice to me okayy ? :)

*sila lentokkan kepala anda*

Hye and salam guys . Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2012 rupanya . Cepat betul masa berlalu dan kita pulak semakin hari semakin tua. haha Dimamah usia lah katakan .  Amacam sambutan tahun baru korang ? Mesti best kan dapat tengok bunga api ? Untunglah, saya sambut tahun baru sambil menikmati ayam dan kambing panggang di rumah nenek dan menikmati udara yang berasap sehingga mata saya tidak berhenti-henti mengeluarkan air matanya ceh! -.- Nothing special, tidaklah semeriah Dataran Merdeka :)

So what's your azam for this year ?  Dah masuk tahun baru , mestilah azam pun baru. Apa jenis azam sekalipun yang penting bagi seorang pelajar seperti saya, pelajaran mestilah diutamakan dahulu .

Hmm.. Cakap asal azam, sebenarnya saya tak ingat langsung apa azam saya pada tahun yang lepas . Tapi takpe! Bagi saya,dapat je keputusan  yang cemerlang dalam PMR saya andaikan semua azam saya telah pun tercapai . haha Alhamdulilah .. 2011, you're soo perfect! Thank you so much :) Terima kasih kerana hadir dalam hidupku, wahai 2011 ku tersayang  :*

So, apa azam saya untuk tahun ni eh ? hmmmmmm ...

Hmmmm .. Pikir ..pikir ..pikirrrrrrrrr *Ala-ala si Jimmy Neutron gitu*
160 minit kemudian .... YES ! Dah dapat :D


Insyaallah azam untuk tahun ni :

-Kurangkan ber-facebook .  From 4 tahun rehat ? Lawaknya ayatt . Ohh nonono.Walaupun ada orang kata form 4 tahun rehat, bagi saya TAK ! Semua tahun sama je . Apa kejadahnya rehat-rehat ? Tak syiokkk ahh. 
-Lebih dari 5A dalam setiap exam . Insyaallah ..
-Menghargai masa . Jadual harian sudah pun siap . Tinggal nak follow je.

Sesetengah orang cakap "Eleh.. azam konon ,azam tahun lepas belum tentu tercapai". Ek'eleh.. SO WHAT ? Janji kita ada azam . Barulah ada panduan dan matlamat hidup yang jelas . ;)


So, guyss Selamat Tahun Baru . Hopefully, apa yang kita hajatkan untuk tahun ini akan tercapai . Saya harap, saya dapat bertemu/ mengenali orang-orang baru yang dapat membawa kejayaan dan kebaikan kepada saya. Amin ... :')

*Kejap ! Kenapa aku rasa post kali ni agak 'skema' * -.- kbye