MAID

Hye, guys,
Tadi aku ada baca satu novel ni . Memang best bangeett.



Karya Suri Ryana yang bertemakan komedi romantik ini memang sesuai buat pembaca remaja. Ceh macam nak promote lah pulak.haha. Tapi siyess novel ni best . Tergelak-gelak aku baca and aku pun tak ingat berapa kali aku 'melafazkan' perkataan 'sooo sweeett' .

Cerita ini mengisahkan Noorul, seorang gadis kampung yang berperwatakan kelam-kabut dan dia terdesak ingin mendapatkan pekerjaan. Akibat terdesak itulah, dia terpaksa menjadi pembantu rumah kepada seorang lelaki kacak yang bernama Harris or Mr.F (gelaran yang diberi oleh Noorul kerana majikannya itu seorang yang cerewet). Semua yang Noorul lakukan mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr.F.


Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Pn Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu. Elisa, si perempuan 'plastik'yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F. Nurina, bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip'?