I have learned something

Apa yang anda lakukan jika anda membenci seseorang ? Reka cerita pasal dia supaya orang lain juga membenci si dia? Mengumpat pasal si dia dengan rakan-rakan anda? Memberikan jelingan yang paling tajam bila terserempak dengan si dia?

Bagi saya, tak perlu semua tu. Kalau kita bencikan seseorang, tak payahlah sampai nak hebohkan depan kawan-kawan walaupun kita bagi amaran jangan bagitahu sesiapa . Tak guna pun. Kadang-kadang kawan sendiri pun bukannya boleh percaya sangat. Mulut manusia terkadang mudah terlepas. Esok lusa pun dah boleh tersebar.



Kalau kita bencikan seseorang, sebaiknya simpan sajalah perasaan tu dalam hati. Walaupun perasaan benci tu sudah tahap kritikal! Nak mengumpat pasal orang yang kita benci pun, mengumpatlah dalam hati. Biar kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Kalau mengumpat sesama manusia buruk padahnya.

Lastly, kita juga yang kena. Semua yang buruk, balik pada kita balik. Nak-nak muka baik. Mulalah orang mengata "muka je baik, tapi perangai busuk". Sebab itulah jadi manusia ni kena berhati-hati. Bukan berhati-hati di jalan raya sahaja. Tapi berhati-hati dalam setiap tindakan ,perbuatan dan percakapan. Terkadang, kita tak perasan, kata-kata,perbuatan dan segala tindakan yang kita lakukan boleh menguriskan hati seseorang. Jadi, berhati-hatilah.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya :)

Hari Kecemerlangan

Hye readers,
Semalam bersamaan hari sabtu yang bertarikh 14 April aku telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan dekat Dewan Putera. Anugerah ini khusus buat mereka yang cemerlang dalam SRA,UPSR,PMR dan SPM. Depan lorong je pun . Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Anugerah Hari Kecemrlangan ini disampaikan oleh YB. Dr.Hjh Halimah . Bukan calang-calang orang. Orang politik nih .


Masuk je dewan, aku dah nampak muka Hayati. Aku toleh kanan, nampak Imran and Helmi, kawan sekelas aku masa sekolah rendah agama dulu . Wahhhh..kurusnya Imran. Helmi pulak, ewahh dah simpan misai nampak ? hahhaha Toleh belakang, nampak kawan-kawan lama . Amalia, Sarah, Sahirah, Hidayu, Zalikha, Hidayah, Asliyana, Izzati and tak lupa juga Ili :') Tiba-tiba kann, aku nampak kann 3 orang budak yang memang aku kenal sangat-sangat . Tharshini, Jivya and Ranusha. Aku ingat diorang tersesat, rupa-rupanya diorang pun dapat kad undangan untuk anugerah ni.Ohh kay, now i know anugerah ni bukan hanya untuk orang Melayu je, tapi untuk semua kaum.

Zalikha and Hidayah

Hidayu

with Amira <3

Akhirnya, dapat juga ketemu dengan kawan-kawan lama. Walaupun bukan semua,bersyukurlah . At least, kita tahu juga, hebat juga kawan-kawan lama aku nih. Lagi-lagi Asliyana. 8A okay. Kalau dulu aku tengok dia, biasa-biasa je. *oh hye, As* haha Alhamdulilah lah macam tu kan .

Balik tu aku pergi rumah sedara aku. Then, aku ternampak cikgu tuisyen aku masa aku darjah tiga. Haha Gila gelabah kayy! 

CIKGU LAN

Tiba-tiba dia tegur aku..
Cikgu : Eh, macam pernah nampak lah . Farah kan ?
aku : Eh, taklah MARKONA! hahahhaha
Cikgu : haha amboiii . dah besar panjang dah dia.

Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis sakat aku. Nasib baik sedara aku, Anna tak ada. Aku still ingat, cikgu Lan panggil aku Markona. haha Tak ada nama yang lagi 'lawa' ke cikgu ? -.- 

Apapun, memang bersyukurlah dapat berjumpa dengan meraka . Walaupun secara tak langsung. 



*6 ELIT, bila mahu korang nak buat reunion? Ghinduuuuuuuuuuuuu niii :D









Kenapa saya suka Taylor Swift ?

Assalamualaikum...
Anda kenal ngakk yang namanya Taylor Swift ? Ngak kenal ? Samar-samar ? Mustahil lah tak kenal . Kalau tak kenal pergi terjun bangunan sana or hantuk kepala ke! haha


I love erything about her. Lagi-lagi lagu dia . Sebab bagi aku lagu-lagu dia semacam memberi sumber inspirasi kepadaku *cet*.Bila time study je, mesti dengar lagu dia, terutama lagu MEAN. Sangatttt bermakna.


Well, dalam hidup ni, ada je manusia-manusia yang selalu memandang rendah pada kita. Memandang rendah pada kebolehan kita,pijak kepala kita, ambil kesempatan ke atas diri kita, tidak menghormati kita and tidak mengambil berat tentang perasaan kita. Aku pernah lalui semua ni .Bertemu dengan manusia yang bongkak dan tidak pernah menerima pendapat aku. Pandang aku pun, hmm jangan cakaplah . Kerekkk ohhh. Dia anggap aku ni macam 'alahaiii budak ni'. Dia pandang rendah kat aku tuuu! -.- *hantuk kepala* Dia fikir aku ni seolah-olah tak ada apa-apa. Tapi aku buat taktahu je. Still bercakap dengan bahasa yang sopan walaupun dia membalas dengan cara yang bagi aku memang kasar lah . Tak ada sebab aku nak benci dia walaupun aku rasa minah ni macam ada masalah dengan aku je . haha Bila dengan dia, aku rasa dilenyek-lenyek. Bila bercakap dengan aku pun,mata tuuuu! Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang . -.- Rasa nak cucuk je biji mata hang tu! Tahu dak ?haha 


Ada orang benci kau ohh Farah!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

                                                           Kesah ? hahahahaha :p

Tapi bila lama-lama tu, aku dapat rasakan yang budak ni try nak berkawan baik dengan aku. Bila tengok gaya dia, aku rasalahkan dia ni memang nak berkawan dengan aku tapi dia taktahu caranya. Dia seolah-olah ingin menarik perhatian aku supaya tegur dia, bercakap dengan dia, senyum dekat dia. --.-- 

Suatu hari tu dia tegur aku "Hye Farah". I was like ....'eh dia tegur aku lahhh'. Aku balas balik "Hello". Gembiranya hati, sampai balik pun aku stil tersenyum. Bayangkan, orang yang hangpa anggap benci gila kat hangpa, tiba-tiba tegur hangpa. Sampai sekarang aku taktahu kenapa dia layan aku macam tu. Aku taktahulah kalau ni hanya perasaan aku , tapi aku rasa dia memang tak sukakan aku dulu. Benci tanpa sebab. Alhamdulilah lah kalau dia dah tak bencikan aku sekarang ni. Nak lembutkan hati orang yang membenci kita, senang je . Layan dia dengan baik.Tapi cara aku senang je . Buat donno sudah. Bila berjalan or terserempak dengan dia, buat-buat tak nampak . Nasib baik ai pandai ni berlakon tau youuu! *tangan didada mata ke atas* 

Di luar sana, akan ada manusia-manusia yang akan menjatuhkanmu. Jadi, bersiap-sedialah . Seelok-eloknya, ngakk usah dilayan orang-orang yang sebegini. Buang masa je, Hanya pikirkan cara, bagaimana nak buat dia berhenti memandang rendah pada diri anda :)

Mungkin Taylor Swift sendiri pernah melalui apa yang dilalui oleh remaja-remaja diluar sana? Sering dipandang rendah, ditindas dan dibuli ? Lagu ini seolah-olah membela mereka yang sering dibuli. Kadang-kadang orang pandang kita NOTHING. Tapi sebenarnya, kita lebih hebat daripada mereka.Thanks to Taylor Swift :)


'SOMEDAY I'LL BE, BIG ENOUGH SO YOU CAN'T HIT ME AND ALL YOU'RE EVER GONNA BE IS MEAN'