Tutup buku lama, Buka buku baru

Hye, salam guyssss :)
Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang cemerlang dalam PMR. You all memang hebat . Keputusan PMR 2011 adalah yang terbaik sepanjang tempoh 4 tahun . Wow ! Kira hebatlah kan kepada kami-kami yang mengambil PMR pada tahun ni . haha Kepada yang gagal jangan berputus asa . Okay, kita teruskan kepada topik kita pada hari ni . cecece...

"Alahh skit je A aku, aku tak pandai macam kau"
"Ntah lah, aku dah give up lah bila tengok result PMR"
"Hmm..aku dah agak dah, aku takkan dapat 8A punya"

Korang pernah dengar dialog-dialog di atas ? Mesti pernah kan ? Biasanya , dialog-dialog sebegini dipertuturkan oleh mereka-mereka yang gagal atau tidak mendapat keputusan yang 'memuaskan' . Ohh come on , kawan-kawanku! 'Gagal sekali tidak semestinya gagal selama-lamanya' . Past is past. Kita tutup buku lama, buka buku baru . Masih ada lagi SPM yang menanti . Orang kata PMR tu tak penting. Hah, so buatlah yang terbaik dalam SPM yang akan datang . Gagal hari ini bukanlah bererti pengakhiran untuk mencapai kejayaan.


Orang yang mendapat kegagalan lebih selamat daripada orang yang mendapat kejayaan .Ini kerana orang yang gagal itu mudah bangkit dari kegagalan dan orang yang mendapat kejayaan itu akan jatuh pada bila-bila masa. Faham ??  Tak faham sudah, namamu Dollah -.- haha Cuba fahamkan :)



Sebagai konklusinya, jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Don't give up :)