Adakah anda sudah bersedia ? Err TAK !


Are you ready guys for tomorrow ? Jawapan aku opcozz TAK! Kalau tanya semua pelajar-pelajar from3 "hang dah ready nak ambil result pmr?".Aku pasti diorang akan jawab "Apa kejadahnya kau ni, mestilah tak ready!" haaa kannnn? haha Tapi mungkin ada sesetangah orang itu dah ready,almaklumlah dah confirm boleh skor semua A lah katakan .

OHH BY THE WAY

Salam and selamat malam :)
Hari ini hari Rabu, esok pula Khamis bersamaan 22/12/2011 tarikh yang cukup cantik dan cukup mengerikan bagi pelajar-pelajar Form3 .Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu betapa berdebarnya aku ketika ini . Cehhh.. Opcozz lah, siapa je yang tak takut ambil result PMR .Pejam celik, pejam celik, sekejap je masa berlalu . Rasanya baru semalam kut aku menjerit macam orang nak gila bila keluar dewan peperiksaan . haha tup tup esok dah kena ambil result . haiyaaaa .. rasa macam nak mati pun ada!*gimik je*


Aku pun tak pasti berapa A aku dapat. Opcozz lah Farah, kalau tanya semua orang pun, diorang for sure akan jawab "manalah aku tahu!". Sebenarnya, aku teringin nak jadi macam budak cina kat atas ni . Teringin nak bergambar sakan dengan result sendiri dengan muka yang penuh bangga .haha Ntah dapat ke tak ntah . Yeye aku memang suka berangan ! SO ? -.-




Kalau dapat lah 8A kan, aku memang syukur pada Allah . Tapi kalau tak, hmm it's okayy kita tawakal sahaja . Yelah, apa yang kita usaha , itulah yang kita akan dapat. Buat masa sekarang ni, aku hanya mampu bertawakal sahaja pada Allah . Tapi aku tak pasti lah dapat 8A or tak . Mungkin 5A je kut . Ni yang nak menangis ni . Lagi-lagi bila fikirkan Kemahiran Hidup . Memang down gila lah fikirkan benda ni . Sebab aku dapat rasakan yang aku dapat C :( . Well,aku memang suka berkikiran negatif ! This is me .hm .. Entah macam mana lah muka aku, bila cikgu bagi result tu . Tercapai ke cita-cita nak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh ? Macam takk je .Yelahh, orang tak hebat Matematik dengan Sains memang camni .Ya Allah , takutnya . Rasa macam nak menjerit je sekarang ni :(( 

Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku agar aku dapat menerimanya dengan ikhlas dan hati yang terbuka . Aku pasrah Ya Allah jika aku tidak mendapat apa yang aku harapkan . Berilah aku kekuatan jika aku mengahadapi kegagalan .Sesungguhnya aku hamba-Mu yang sering lalai , Ya Allah :(