Back to school .

Pejam celik,pejam celik dah nak buka sekolah. Cepatnya masa berlalu. Aku rasa kena tambah lagi seminggu, manalah tahu ada guru-guru yang belum habis menanda kertas exam keee kan ? hahaha alasan! Aku masih belum bersedia untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Homework pun belum siap. Ops bukan belum siap, tapi memang tak tahu jawapan.Pendek kata tak tahu macam mana nak buat. Lagi-lagi Addmath. Time buat percutian bestari Addmath, sepatah apa pun aku taktahu macam mana nak buat. Dah tak ingat formula-formula dia. Almaklumlah, lama tak buka buku . Otak pun jadi 'jam' sikit. hiiii



Habis je cuti ni aku cuba untuk lebih menghargai setiap masa yang ada. insyaallah..Bukan apa, saya ni pemalas sikit. Aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik. Sebab apa, masa umur 16 tahun inilah kita kena lebih fokus sebab kita sedang belajar subjek-subjek yang baru. Kalau tak start dari sekarang, nanti bila dah masuk form5 jadi terkulat-kulat. Lagi-lagi Fizik. Err.. Fizik, minta-mintalah tak gagal lagi kali ni -.-

Exam yang seterusnya, aku akan cuba untuk buat yang terbaik dan tingkatkan lagi markah yang cukup-cukup makan haha. Result exam pertengahan tahun ni, kita terima sahajalah denga hati yang terbuka. Apa yang kita usahakan, itulah yang kita akan dapat. Yang lepas-lepas tu biarkan berlalu, tak perlulah dikenangkan lagi . wahh gitu ! Setakat ni aku paling takut nak ambil paper BI je. Ntah apa yang aku merepek pun aku tak tahulah. Yang aku tahu, teacher BI tu akan attack aku .uihh :|



Ketika satu pintu tertutup, pinta yang lain terbuka. Namu terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut teralu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka. 


Kita sebagai manusia sentiasa diberi peluang untuk menjadi yang terbaik. Cuma kita tidak perasan kerana kita terlalu leka dan lalai sehinggakan kita tidak menyedari peluang yang sentiasa terbuka untuk kita.

Kadang-kadang kita memerlukan kawan-kawan yang rapat untuk menjadikan hari persekolahan kita lebih ceria. Kawan-kawan aku 'orang akaun'. So, maybe sebab tu lah bila masuk je kelas rasa macam alahai.. bosannya. Kalau dulu, bila tak ada cikgu dalam kelas, aku, Amanda, Alia, Amira akan buat homework sama-sama. Sambil buat homework sambil bergosip. Itu yang best tu ! ^.^ Aku sayang kau orang semua :)So, sebab itulah aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik.  Life must go on. Jangan terlalu mengharapkan kehidupan yang terlalu sempurna. Hidup ni kena berdikari sikit.








Be grateful

Observe around you and be thankful for whatever you have in this short span of life.

If you think you are unhappy, what would you say about them ?


You think your salary is low? What about her ?


 Sad because you could not go to your favourite school ? They did not have choices


Some one got you Adidas instead of Nike ? They have just one brand ! 


We want different delicacies thrice a day ? They starve from hunger! 


If you are having a bad hair day, try not to complain. There is a child out there with cancer who would kill just to have hair ! 



Aren't thankful for a bed to sleep in ? They had wish not to wake up !


Your parents' care tire you ? They don't have any !


If you ever think of giving up ? Think of him! 


Stop looking at what you don't have and start being thankful for what you do have  :)

#Every picture tells a story 




MAID

Hye, guys,
Tadi aku ada baca satu novel ni . Memang best bangeett.



Karya Suri Ryana yang bertemakan komedi romantik ini memang sesuai buat pembaca remaja. Ceh macam nak promote lah pulak.haha. Tapi siyess novel ni best . Tergelak-gelak aku baca and aku pun tak ingat berapa kali aku 'melafazkan' perkataan 'sooo sweeett' .

Cerita ini mengisahkan Noorul, seorang gadis kampung yang berperwatakan kelam-kabut dan dia terdesak ingin mendapatkan pekerjaan. Akibat terdesak itulah, dia terpaksa menjadi pembantu rumah kepada seorang lelaki kacak yang bernama Harris or Mr.F (gelaran yang diberi oleh Noorul kerana majikannya itu seorang yang cerewet). Semua yang Noorul lakukan mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr.F.


Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Pn Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu. Elisa, si perempuan 'plastik'yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F. Nurina, bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip'?

I'm back


Alhamdulilah ... habis juga peperiksaan pertengahan tahun . huisshh * lap peluh*
Aku dapat rasakan yang aku akan dapat 'G'ood untuk paper Fizik dan Biology. Addmath tak kisah and jangan cakap .Maybe gagal or cukup-cukup makan .Semakin kita membesar, semakin susah pulak exam nih. Lagi-lagi jadi pelajar pure science,. Kalaulah waktu tu boleh diundur kembali, aku tak akan ambil pure science ni. Maybe aku akan ikut Alia and Amirah. *mereka ambil kelas perdagangan* Sebab aku perasanlah kan, markah diorang lebih bagus dari aku .

Memeylah . Hang kelas sains. Mereka-mereka tu kelas perdagangan . Aku sikit punya langsung tak minat dengan akaun and sains. Dulu, aku tak dapat 8A pun sebab akaun . *grr* Sebab tu lah aku tak berani nak ambil akaun. So, aku memberanikan diri untuk mengambil pure science. Bila dah masuk kelas pure science ni , haaaa amik kau! Betapa susahnya -.- haha

Mak and abah aku sibuk suruh ambil akaun. *kakak tak minat akaunlah* :(

My life
Hm .. semakin lama semakin membosankan .Boring sebab tak sama kelas dengan Alia and Amira. Kalau tak boleh bergosip-gosip . Bergelak ketawa.  kannn ? Nak masuk kelas pun tak bersemangat. Waktu rehat je boleh bertentang mata dengan diorang . wahh gituuu.. haha


Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di dunia. Khususnya buat Ustazah Dalia and Encik Bashir. Rindu cikgu Bashir yang selalu menyakat orang . haha First time saya tengok , saya ingatkan beliau garang orangnya. Iyelah, mana tak garangnya, tiap-tiap hari bawa rotan . Kalau tak ada rotan kat tangan beliau, memang tidak sah . haha Tapi bila dah masuk darjah 5, hmm tak adalah garang mana. Penyayang ada lah! 

Ustazah Dalia. Tengok cara beliau mengajar pun dah tahu, beliau memang betul-betul ikhlas mendidik anak muridnya. Penyayang. Berhati lembut. Hati beliau cepat tersentuh bila anak didiknya tidak mahu mendengar kata . Aucch ! Selamat Hari Guru saya ucapkan! 

Cuti ^.^
Cuti 2 minggu. Lama tu . I don't know what to do. Aku teringin nak berjumpa dengan kawan-kawan lama aku. Bila lagilah diorang nak buat reunion ni . Cuti ni duduk rumah, goyang kaki baca novel , tengok tv . alahai .. bosannya hidup haha. Tapi tak boleh rehat sangat. Buku pun kenalah usha juga . Biasalah , kalau dah nama pun cuti, mestilah ada homework. Macam biasalah, Percutian Bestari. Pelajar-pelajar MGS memang dah sebati dengan Percutian Bestari ni. -.-

Btw, thanks Alia sebab jemput aku sekeluarga untuk menghadiri majlis Berkhatan adik kau . Thank you so much :)

# abang dia handsome . muehehehhe Lol


:(

Esok exam Biology. Then, Physics. Esoknya, Chemistry. Damn! I'm not ready at all. Bila difikirkan balik, kenapalah dulu aku amik pure sains ? Susah juga jadi pelajar pure sains ni.Paper 1,paper2 and paper 3. Paper3 tu yang tak boleh tu.oh god.I feel like I want to cry. *need someone*


Harap dipermudahkanlah segala urusan untuk menjawab soalan esok :( *sigh*




I have learned something

Apa yang anda lakukan jika anda membenci seseorang ? Reka cerita pasal dia supaya orang lain juga membenci si dia? Mengumpat pasal si dia dengan rakan-rakan anda? Memberikan jelingan yang paling tajam bila terserempak dengan si dia?

Bagi saya, tak perlu semua tu. Kalau kita bencikan seseorang, tak payahlah sampai nak hebohkan depan kawan-kawan walaupun kita bagi amaran jangan bagitahu sesiapa . Tak guna pun. Kadang-kadang kawan sendiri pun bukannya boleh percaya sangat. Mulut manusia terkadang mudah terlepas. Esok lusa pun dah boleh tersebar.



Kalau kita bencikan seseorang, sebaiknya simpan sajalah perasaan tu dalam hati. Walaupun perasaan benci tu sudah tahap kritikal! Nak mengumpat pasal orang yang kita benci pun, mengumpatlah dalam hati. Biar kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Kalau mengumpat sesama manusia buruk padahnya.

Lastly, kita juga yang kena. Semua yang buruk, balik pada kita balik. Nak-nak muka baik. Mulalah orang mengata "muka je baik, tapi perangai busuk". Sebab itulah jadi manusia ni kena berhati-hati. Bukan berhati-hati di jalan raya sahaja. Tapi berhati-hati dalam setiap tindakan ,perbuatan dan percakapan. Terkadang, kita tak perasan, kata-kata,perbuatan dan segala tindakan yang kita lakukan boleh menguriskan hati seseorang. Jadi, berhati-hatilah.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya :)

Hari Kecemerlangan

Hye readers,
Semalam bersamaan hari sabtu yang bertarikh 14 April aku telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan dekat Dewan Putera. Anugerah ini khusus buat mereka yang cemerlang dalam SRA,UPSR,PMR dan SPM. Depan lorong je pun . Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Anugerah Hari Kecemrlangan ini disampaikan oleh YB. Dr.Hjh Halimah . Bukan calang-calang orang. Orang politik nih .


Masuk je dewan, aku dah nampak muka Hayati. Aku toleh kanan, nampak Imran and Helmi, kawan sekelas aku masa sekolah rendah agama dulu . Wahhhh..kurusnya Imran. Helmi pulak, ewahh dah simpan misai nampak ? hahhaha Toleh belakang, nampak kawan-kawan lama . Amalia, Sarah, Sahirah, Hidayu, Zalikha, Hidayah, Asliyana, Izzati and tak lupa juga Ili :') Tiba-tiba kann, aku nampak kann 3 orang budak yang memang aku kenal sangat-sangat . Tharshini, Jivya and Ranusha. Aku ingat diorang tersesat, rupa-rupanya diorang pun dapat kad undangan untuk anugerah ni.Ohh kay, now i know anugerah ni bukan hanya untuk orang Melayu je, tapi untuk semua kaum.

Zalikha and Hidayah

Hidayu

with Amira <3

Akhirnya, dapat juga ketemu dengan kawan-kawan lama. Walaupun bukan semua,bersyukurlah . At least, kita tahu juga, hebat juga kawan-kawan lama aku nih. Lagi-lagi Asliyana. 8A okay. Kalau dulu aku tengok dia, biasa-biasa je. *oh hye, As* haha Alhamdulilah lah macam tu kan .

Balik tu aku pergi rumah sedara aku. Then, aku ternampak cikgu tuisyen aku masa aku darjah tiga. Haha Gila gelabah kayy! 

CIKGU LAN

Tiba-tiba dia tegur aku..
Cikgu : Eh, macam pernah nampak lah . Farah kan ?
aku : Eh, taklah MARKONA! hahahhaha
Cikgu : haha amboiii . dah besar panjang dah dia.

Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis sakat aku. Nasib baik sedara aku, Anna tak ada. Aku still ingat, cikgu Lan panggil aku Markona. haha Tak ada nama yang lagi 'lawa' ke cikgu ? -.- 

Apapun, memang bersyukurlah dapat berjumpa dengan meraka . Walaupun secara tak langsung. 



*6 ELIT, bila mahu korang nak buat reunion? Ghinduuuuuuuuuuuuu niii :D









Kenapa saya suka Taylor Swift ?

Assalamualaikum...
Anda kenal ngakk yang namanya Taylor Swift ? Ngak kenal ? Samar-samar ? Mustahil lah tak kenal . Kalau tak kenal pergi terjun bangunan sana or hantuk kepala ke! haha


I love erything about her. Lagi-lagi lagu dia . Sebab bagi aku lagu-lagu dia semacam memberi sumber inspirasi kepadaku *cet*.Bila time study je, mesti dengar lagu dia, terutama lagu MEAN. Sangatttt bermakna.


Well, dalam hidup ni, ada je manusia-manusia yang selalu memandang rendah pada kita. Memandang rendah pada kebolehan kita,pijak kepala kita, ambil kesempatan ke atas diri kita, tidak menghormati kita and tidak mengambil berat tentang perasaan kita. Aku pernah lalui semua ni .Bertemu dengan manusia yang bongkak dan tidak pernah menerima pendapat aku. Pandang aku pun, hmm jangan cakaplah . Kerekkk ohhh. Dia anggap aku ni macam 'alahaiii budak ni'. Dia pandang rendah kat aku tuuu! -.- *hantuk kepala* Dia fikir aku ni seolah-olah tak ada apa-apa. Tapi aku buat taktahu je. Still bercakap dengan bahasa yang sopan walaupun dia membalas dengan cara yang bagi aku memang kasar lah . Tak ada sebab aku nak benci dia walaupun aku rasa minah ni macam ada masalah dengan aku je . haha Bila dengan dia, aku rasa dilenyek-lenyek. Bila bercakap dengan aku pun,mata tuuuu! Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang . -.- Rasa nak cucuk je biji mata hang tu! Tahu dak ?haha 


Ada orang benci kau ohh Farah!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

                                                           Kesah ? hahahahaha :p

Tapi bila lama-lama tu, aku dapat rasakan yang budak ni try nak berkawan baik dengan aku. Bila tengok gaya dia, aku rasalahkan dia ni memang nak berkawan dengan aku tapi dia taktahu caranya. Dia seolah-olah ingin menarik perhatian aku supaya tegur dia, bercakap dengan dia, senyum dekat dia. --.-- 

Suatu hari tu dia tegur aku "Hye Farah". I was like ....'eh dia tegur aku lahhh'. Aku balas balik "Hello". Gembiranya hati, sampai balik pun aku stil tersenyum. Bayangkan, orang yang hangpa anggap benci gila kat hangpa, tiba-tiba tegur hangpa. Sampai sekarang aku taktahu kenapa dia layan aku macam tu. Aku taktahulah kalau ni hanya perasaan aku , tapi aku rasa dia memang tak sukakan aku dulu. Benci tanpa sebab. Alhamdulilah lah kalau dia dah tak bencikan aku sekarang ni. Nak lembutkan hati orang yang membenci kita, senang je . Layan dia dengan baik.Tapi cara aku senang je . Buat donno sudah. Bila berjalan or terserempak dengan dia, buat-buat tak nampak . Nasib baik ai pandai ni berlakon tau youuu! *tangan didada mata ke atas* 

Di luar sana, akan ada manusia-manusia yang akan menjatuhkanmu. Jadi, bersiap-sedialah . Seelok-eloknya, ngakk usah dilayan orang-orang yang sebegini. Buang masa je, Hanya pikirkan cara, bagaimana nak buat dia berhenti memandang rendah pada diri anda :)

Mungkin Taylor Swift sendiri pernah melalui apa yang dilalui oleh remaja-remaja diluar sana? Sering dipandang rendah, ditindas dan dibuli ? Lagu ini seolah-olah membela mereka yang sering dibuli. Kadang-kadang orang pandang kita NOTHING. Tapi sebenarnya, kita lebih hebat daripada mereka.Thanks to Taylor Swift :)


'SOMEDAY I'LL BE, BIG ENOUGH SO YOU CAN'T HIT ME AND ALL YOU'RE EVER GONNA BE IS MEAN' 





Back to school

Title nak macam budak asrama je :D

btw, Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu . Rasa macam baru semalam je aku dengar budak-budak MGS menjerit . Terpekik-terlolong. Almaklumlah, habis exam terus cuti seminggu. Sebelum cuti, dah macam-macam perancangan yang aku nak buat . Nak study bebanyak sebab frust bila mengenangkan exam haritu. Bila dah habis cuti ni, satu habuk pun takda B) Buat homework, layan internet. Oral pun belum habis baca lagi . kekehkeh -.-


  *Takpe,takpe..No giliran aku lambat lagi. Ada masa lagi, Farahh. lekluuu. kihkihkih* -.-



Aku tak ready lagi nak pergi sekolah . Kalau diberi lagi sebulan untuk cuti, mungkin saya akan lebih bersedia. *maybe* Aku tak ready lagi nak menatap kertas-kertas exam esok. Ohmaiii *sigh* Addmath, Fizik. Please be nice to me . Harap-haraplah result aku okay .Tak ada yang gagal . Aminn ! Kalau dapat D pun kira okaylah . Sendiri buat, sendirilah tanggung . Ye dok, Farah ? Takpelah,  tengok je lah nanti macam mana .

Kepada Hidayu, Mirra, Athirah, Yasmin, Azizi, Zulfa , Mawar , Azharul selamat kembali ke asrama .Untunglah Mawar, dapat SESERI . Aku tahu korang tak suka balik asrama . Tapi nak buat camana, warden korang dah tunggu depan gate . ahaks! 

Yeahhh Holidayyyyy! -.-

Assalamualaikum,

Holiday yang membosankan . Duduk rumah, tengok tv, baca novel,layan facebook, update status, usha pulak profile orang, layan youtube, update blog, usha pulak blog orang lain . Alahaiiii.. bosannya .. Nak hangout, nak ajak siapa ? Naik apa ? Kalaulah aku pandai drive. Bas pun tak ada. Mogok katanya. Nasib dapat kawan-kawan yang baik . Bukan kaki jalan. *oh hi Alia* hahaha *oh hello Amira* :D  lahaiii.. lama-lama boleh jadi anti-sosial lah aku macam ni kalau asyik lepak bilik je . Ramai kawan aku cakap "pergilah keluar dari rumah kau tu. Tengok dunia sikitt" -.-' Holiday hangpa mesti best kan ? Keluar dengan kengkawan, tengok wayang, lepak 'jayjay' . hmm..



Setiap kali cuti sekolah, novel mesti ada ditangan. Kalau tak ada, tak berseri cuti sekolahku haha Untung dapat kawan yang kaki novel. *Oh hye Azliza,Alia,Amira* ahakss!  Cuma.... CINTA PANDANG KE-2 je belum dapat lagi . Kempunan gila aku nak baca novel tu . Please sesape, sedekahkan kat aku .Dah kemaruk sangat ni :(

Setiap kali cuti sekolah, homework mesti nak melebih . Walaupun selepas exam. Tak sempat nak lepas tekanan dari exam haritu, ada pulak homework 'percutian bestari'. Kalau buat homework tapi satu apa pun tak faham tak boleh jugak. Hati tak tenang. haha Lagi-lagi addmath . *Termenung sebentar memikirkan jawapan* . Kadang-kadang, satu soalan pun mengambil masa 15 minit nak dapat jawapannya.Addmath ni, kalau dapat jawapan, macam dapat emas, berlian, permata dan seumpamanyalah!

Cuti ni pun tak boleh nak rilek-rilek sangat . Sebab aku rasa exam add math haritu memang ..T_T Aku tak tahu apa kena dengan aku masa jawab exam haritu . Apa yang aku study, semuanya habis melayang. Rasa macam nak menangis pun ada.Formula-formula dia semua aku tak ingat .Masa pun tak cukup. haih *sigh* Fizik punnn hmmm :( Study last minute. Padanlah muka. Bayangkan pukul 3 pagi aku study Fizik . Itupun nasib baik terjaga and nasib baiklah ada masa.Time nak jawab paper Fizik, satu apa pun aku tak faham . Cikgu cakap, kalau taktahu jawapannya sekalipun, sekurang-kurangnya kita jawab . Jangan tinggalkan tempat kosong. Aku ni murid yang patuh akan kata-kata guru, so aku 'jawab' jelah apa yang patut dijawab . hmm Looks like i'm going to fail my Physics and Addmath paper *sigh* So, cuti ni kena banyakkan study .
err*maybe*


Oh cuti ni aku berhasrat nak kuruskan badan . *yelahtu* Aku rasa, aku dah semakin gemuk. Lemak bawah lengan pun boleh rasa. Gerak sana dia goyang, gerak sini dia goyang . homaigodddd ..Aihh takbleyy-takbleyy .Bahaya nih!! .Seawal 5 pagi lagi aku dah bersenam. Nasib baik Kampung Delek ni sunyi . Udara pun segar..tenteram sikit nak berjoging.

Insyaallah, cuti ni aku akan lebih manfaatkan masa dengan kerja-kerja yang berpaedahh *yelahtu* :D

#psttt.. thanks yang bagi saya hadiah sempena hari jadi saya haritu . Iteww pun takingat yang hari Rabu tu hari jadi iteww. Thankyou so much :*




LIFE



THROUGHOUT LIFE PEOPLE WILL MAKE YOU MAD,
DISRESPECT YOU AND TREAT YOU BAD ,
LET GOD DEAL WITH THE THINGS THAT THEY DO,
CAUSE HATE IN YOUR HEART WILL CONSUME YOU TOO :)

.... A GOOD BLOGGER


Yeahhh! :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..but HOW ? -.-




Am I good enough ??
hmmmmmmmmmm -_____-






23 February

23 February 2012 and ..........


-__________________-

4TELUS



Satu,dua,tigaa . Okay, dah masuk tiga minggu kita bersekolah . Sekarang ni lapang sikit kepala otak . Yelah cuti seminggu . Tapi tak boleh lah nak lepak and goyang kaki je, mesti ada benda bermanfaat yang harus dibuat . ecece .So far, semua okay . Aku dapat kelas PURE SAINS . Tak ada Akaun dan Literiture. Alhamdulilah.. takdelah beban sangat . Sebenarnya aku tak minat sains langsung . Sikit pun tak . Kalaulah ada pure sejarah, memang for sure-lah aku akan pilih pakej tu haha . Sebelum tu aku minta pendapat daripada abang and akak-2 yang lebih arif bab-bab aliran ni . Nak buat macam mana, dah diorang cakap aliran sains ni menjamin masa depan yang lebih cerah. So, nak tak nak amik je lah .

4 Telus nama diberi . Dari form1 sampai lah ke form3 ,Pintar je lah nama kelas aku . Sampai je form4, dapat nama Telus .Kawan-kawan sekelas semuanya sempoi...~ Bak kata AC Mizal lah.Tapi still tak dapat sesuaikan diri . Semuanya wajah-wajah baru . Agak terkedip-kedip jugalah first time masuk kelas tu. Nak tahu tak, haritu kamik-kamik semua main Ibu ayam dan musang masa PJ ! Gempakk! Aku awal-awal lagi dah tewas di medan pertempuran .Banyak sangat anak-anak ayamnya .haha

Oh yeahh, aku dapat kawan baru .Nama dia Lashini a/p taktahu .haha Tak ingat lah nama appa dia . Sorry Lashini . Budak ni memang banyak tanya . "Awak ada berapa adik-beradik? Awak tinggal dekat mana eh ?Bila awak nak pindah ke sbp tu ? Kenapa awak nak sangat masuk sbp? Awak kelas mana dulu?" Tapi, pertanyaan yang hari-hari aku dengar "Awak dah siap kerja sekolah ? Pinjam sekejap buku awak" haha LOL -.- Takpe Lashini, teruskan . Takdelah saya malu-malu nak duduk sebelah awak ;>

Tentang guru kelas pulak . Cik Nur Zinani .Hmm.. muka tegas . Cik Nur Zinani ni suka bagi orang suspen . Nampak je pelajar yang menguap time dia tengah mengajar dia akan tanya '"betul tak akak yang tengah menguap tu" Amik kauu! Tapi aku suka cara dia mengajar . Lagi-lagi time dia bagi nasihat.Memang menusuk ke kalbuku . Walaupun cara penyampaian nasihat dia agak tegas dan mengerunkan dan mengerikan dann ape lagi ??.. tapi ada maknanya :)


Dah masuk form4, semuanya baru , subjeknya pun semakin menambah . Add math memang susah . Pecah kepala otak jugalah . Practice makes perfect ! Buat banyak latihan insyaallah will be okay .Sejarah dah baru weyhh . Isi dia semakin menambah. Jenuh aku nak membacanya . Tamadun oh tamadun . Madana oh madain ! But don't worry, I still love you Sejarah :) Bio, Kimia, Fizik si tiga beradik Sains ni no komen -.- haa Kenapalah sains and math in english ? Aku lagi suka dwibahasa ekceliii. Ini lah namanya cabaran . Saya dah sedia, saya dah sedia :)

Legaaa ..

*saya*
Assalamualaikum, alhamdulilah . Ouhh sebelum tu, saya taktahu nak buat tajuk apa untuk coretan kali ni . So, legaaaa..Hari ini sesi pembelajaran kelas Bahasa Inggeris berjalan dengan lancar. Firstly, perkenalkan diri anda.



"Hye, everyone . My name is Farah Ilyani. I'm form 4 Telus. My ambition is I wanna be a teacher and I love Sejarah" cehh haha

Tapi kannnn.. sebenarnya aku nak cakap macam ni .....

"Hye, everyone. My name is Farah Ilyani . I'm from 4 Telus . My ambition is I wanna be a teacher . I love Sejarah BUT I'm not really good in English"   hahaha ayat ni lah yang saya nak cakap sebenarnya . Tapi gelabah punya hal aku pendekkan je perkenalannya. 

Alhamdulilah, so far okay  Teacher Virmala sangat lah berbudi-bahasa dan berpekerti mulia . Senyum-senyum kambing .Yelahh nak buang rasa gelabah kenalah control cool .Hari-hari jugaklah kena bawak Kamus . Setakat ni, Encik kamus jelah yang boleh menjadi penyelamat saya kat sekolah. Kalau kat rumah opcozz lah Google Translate . Esok satu jam 15 minit untuk kelas Bahasa Inggeris . Oh maii *sigh* Harap-harap, berjalan dengan lancar lah ye . NITE :)

Tahun Baru, Azam pun Baru

*aku guna saya*
Bye 2011, nice to know you.
ohh Hye 2012, nice to meet you and please be nice to me okayy ? :)

*sila lentokkan kepala anda*

Hye and salam guys . Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2012 rupanya . Cepat betul masa berlalu dan kita pulak semakin hari semakin tua. haha Dimamah usia lah katakan .  Amacam sambutan tahun baru korang ? Mesti best kan dapat tengok bunga api ? Untunglah, saya sambut tahun baru sambil menikmati ayam dan kambing panggang di rumah nenek dan menikmati udara yang berasap sehingga mata saya tidak berhenti-henti mengeluarkan air matanya ceh! -.- Nothing special, tidaklah semeriah Dataran Merdeka :)

So what's your azam for this year ?  Dah masuk tahun baru , mestilah azam pun baru. Apa jenis azam sekalipun yang penting bagi seorang pelajar seperti saya, pelajaran mestilah diutamakan dahulu .

Hmm.. Cakap asal azam, sebenarnya saya tak ingat langsung apa azam saya pada tahun yang lepas . Tapi takpe! Bagi saya,dapat je keputusan  yang cemerlang dalam PMR saya andaikan semua azam saya telah pun tercapai . haha Alhamdulilah .. 2011, you're soo perfect! Thank you so much :) Terima kasih kerana hadir dalam hidupku, wahai 2011 ku tersayang  :*

So, apa azam saya untuk tahun ni eh ? hmmmmmm ...

Hmmmm .. Pikir ..pikir ..pikirrrrrrrrr *Ala-ala si Jimmy Neutron gitu*
160 minit kemudian .... YES ! Dah dapat :D


Insyaallah azam untuk tahun ni :

-Kurangkan ber-facebook .  From 4 tahun rehat ? Lawaknya ayatt . Ohh nonono.Walaupun ada orang kata form 4 tahun rehat, bagi saya TAK ! Semua tahun sama je . Apa kejadahnya rehat-rehat ? Tak syiokkk ahh. 
-Lebih dari 5A dalam setiap exam . Insyaallah ..
-Menghargai masa . Jadual harian sudah pun siap . Tinggal nak follow je.

Sesetengah orang cakap "Eleh.. azam konon ,azam tahun lepas belum tentu tercapai". Ek'eleh.. SO WHAT ? Janji kita ada azam . Barulah ada panduan dan matlamat hidup yang jelas . ;)


So, guyss Selamat Tahun Baru . Hopefully, apa yang kita hajatkan untuk tahun ini akan tercapai . Saya harap, saya dapat bertemu/ mengenali orang-orang baru yang dapat membawa kejayaan dan kebaikan kepada saya. Amin ... :')

*Kejap ! Kenapa aku rasa post kali ni agak 'skema' * -.- kbye