I'm back


Alhamdulilah ... habis juga peperiksaan pertengahan tahun . huisshh * lap peluh*
Aku dapat rasakan yang aku akan dapat 'G'ood untuk paper Fizik dan Biology. Addmath tak kisah and jangan cakap .Maybe gagal or cukup-cukup makan .Semakin kita membesar, semakin susah pulak exam nih. Lagi-lagi jadi pelajar pure science,. Kalaulah waktu tu boleh diundur kembali, aku tak akan ambil pure science ni. Maybe aku akan ikut Alia and Amirah. *mereka ambil kelas perdagangan* Sebab aku perasanlah kan, markah diorang lebih bagus dari aku .

Memeylah . Hang kelas sains. Mereka-mereka tu kelas perdagangan . Aku sikit punya langsung tak minat dengan akaun and sains. Dulu, aku tak dapat 8A pun sebab akaun . *grr* Sebab tu lah aku tak berani nak ambil akaun. So, aku memberanikan diri untuk mengambil pure science. Bila dah masuk kelas pure science ni , haaaa amik kau! Betapa susahnya -.- haha

Mak and abah aku sibuk suruh ambil akaun. *kakak tak minat akaunlah* :(

My life
Hm .. semakin lama semakin membosankan .Boring sebab tak sama kelas dengan Alia and Amira. Kalau tak boleh bergosip-gosip . Bergelak ketawa.  kannn ? Nak masuk kelas pun tak bersemangat. Waktu rehat je boleh bertentang mata dengan diorang . wahh gituuu.. haha


Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di dunia. Khususnya buat Ustazah Dalia and Encik Bashir. Rindu cikgu Bashir yang selalu menyakat orang . haha First time saya tengok , saya ingatkan beliau garang orangnya. Iyelah, mana tak garangnya, tiap-tiap hari bawa rotan . Kalau tak ada rotan kat tangan beliau, memang tidak sah . haha Tapi bila dah masuk darjah 5, hmm tak adalah garang mana. Penyayang ada lah! 

Ustazah Dalia. Tengok cara beliau mengajar pun dah tahu, beliau memang betul-betul ikhlas mendidik anak muridnya. Penyayang. Berhati lembut. Hati beliau cepat tersentuh bila anak didiknya tidak mahu mendengar kata . Aucch ! Selamat Hari Guru saya ucapkan! 

Cuti ^.^
Cuti 2 minggu. Lama tu . I don't know what to do. Aku teringin nak berjumpa dengan kawan-kawan lama aku. Bila lagilah diorang nak buat reunion ni . Cuti ni duduk rumah, goyang kaki baca novel , tengok tv . alahai .. bosannya hidup haha. Tapi tak boleh rehat sangat. Buku pun kenalah usha juga . Biasalah , kalau dah nama pun cuti, mestilah ada homework. Macam biasalah, Percutian Bestari. Pelajar-pelajar MGS memang dah sebati dengan Percutian Bestari ni. -.-

Btw, thanks Alia sebab jemput aku sekeluarga untuk menghadiri majlis Berkhatan adik kau . Thank you so much :)

# abang dia handsome . muehehehhe Lol