I have learned something

Apa yang anda lakukan jika anda membenci seseorang ? Reka cerita pasal dia supaya orang lain juga membenci si dia? Mengumpat pasal si dia dengan rakan-rakan anda? Memberikan jelingan yang paling tajam bila terserempak dengan si dia?

Bagi saya, tak perlu semua tu. Kalau kita bencikan seseorang, tak payahlah sampai nak hebohkan depan kawan-kawan walaupun kita bagi amaran jangan bagitahu sesiapa . Tak guna pun. Kadang-kadang kawan sendiri pun bukannya boleh percaya sangat. Mulut manusia terkadang mudah terlepas. Esok lusa pun dah boleh tersebar.



Kalau kita bencikan seseorang, sebaiknya simpan sajalah perasaan tu dalam hati. Walaupun perasaan benci tu sudah tahap kritikal! Nak mengumpat pasal orang yang kita benci pun, mengumpatlah dalam hati. Biar kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Kalau mengumpat sesama manusia buruk padahnya.

Lastly, kita juga yang kena. Semua yang buruk, balik pada kita balik. Nak-nak muka baik. Mulalah orang mengata "muka je baik, tapi perangai busuk". Sebab itulah jadi manusia ni kena berhati-hati. Bukan berhati-hati di jalan raya sahaja. Tapi berhati-hati dalam setiap tindakan ,perbuatan dan percakapan. Terkadang, kita tak perasan, kata-kata,perbuatan dan segala tindakan yang kita lakukan boleh menguriskan hati seseorang. Jadi, berhati-hatilah.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya :)