Semalam bersamaan hari sabtu yang bertarikh 14 April aku telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan dekat Dewan Putera. Anugerah ini khusus buat mereka yang cemerlang dalam SRA,UPSR,PMR dan SPM. Depan lorong je pun . Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Anugerah Hari Kecemrlangan ini disampaikan oleh YB. Dr.Hjh Halimah . Bukan calang-calang orang. Orang politik nih .
Masuk je dewan, aku dah nampak muka Hayati. Aku toleh kanan, nampak Imran and Helmi, kawan sekelas aku masa sekolah rendah agama dulu . Wahhhh..kurusnya Imran. Helmi pulak, ewahh dah simpan misai nampak ? hahhaha Toleh belakang, nampak kawan-kawan lama . Amalia, Sarah, Sahirah, Hidayu, Zalikha, Hidayah, Asliyana, Izzati and tak lupa juga Ili :') Tiba-tiba kann, aku nampak kann 3 orang budak yang memang aku kenal sangat-sangat . Tharshini, Jivya and Ranusha. Aku ingat diorang tersesat, rupa-rupanya diorang pun dapat kad undangan untuk anugerah ni.Ohh kay, now i know anugerah ni bukan hanya untuk orang Melayu je, tapi untuk semua kaum.
Zalikha and Hidayah
Hidayu
with Amira <3
Akhirnya, dapat juga ketemu dengan kawan-kawan lama. Walaupun bukan semua,bersyukurlah . At least, kita tahu juga, hebat juga kawan-kawan lama aku nih. Lagi-lagi Asliyana. 8A okay. Kalau dulu aku tengok dia, biasa-biasa je. *oh hye, As* haha Alhamdulilah lah macam tu kan .
Balik tu aku pergi rumah sedara aku. Then, aku ternampak cikgu tuisyen aku masa aku darjah tiga. Haha Gila gelabah kayy!
CIKGU LAN
Tiba-tiba dia tegur aku..
Cikgu : Eh, macam pernah nampak lah . Farah kan ?
aku : Eh, taklah MARKONA! hahahhaha
Cikgu : haha amboiii . dah besar panjang dah dia.
Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis sakat aku. Nasib baik sedara aku, Anna tak ada. Aku still ingat, cikgu Lan panggil aku Markona. haha Tak ada nama yang lagi 'lawa' ke cikgu ? -.-
Apapun, memang bersyukurlah dapat berjumpa dengan meraka . Walaupun secara tak langsung.
*6 ELIT, bila mahu korang nak buat reunion? Ghinduuuuuuuuuuuuu niii :D